Artis Singapura tidak diberi peluang 'menyerantau'
Posted on June 10, 2007 {6/10/2007 04:18:00 PM}

Persembahan duo hip hop tanah air, Sleeq, penuh gah. Pemenang anugerah Artis Terbaik, Imran Ajmain, pula menumjukkan kebolehannya menarik suara setinggi awangan-awangan Stadium Tertutup Singapura. Walaupun mutu suaranya tidak 100 peratus sempurna, usaha dan kesungguhan bintang baru Singapura itu semasa berada lima minit di pentas tidak boleh dipertikaikan.

Namun sayang, persembahan Imran dan Sleeq di majlis Anugerah Planet Muzik (APM) kelmarin hanya dapat ditonton oleh mereka yang hadir di Stadium Tertutup pada mala itu.

Persembahan mereka berlangsung dalam 30 minit pertama acara itu. Kesemua lima anugerah untuk artis tempatan juga disampaikan dalam tempoh yang sama.


Berbeza daripada tahun lalu, Suria tidak menayangkan acara APM secara langsung kali ini.

Siaran langsung di saluran Astro di Malaysia dan Indonesia pula hanya bermula setengah jam selepas acara bermula. Ini bermakna peminat muzik serantau terlepas menyaksikan aski Imran dan Sleeq serta penyampaian anugerah kepada artis-artis Singapura.

Menurut penerbit eksekutif APM, Cik Zakariah Halim, pihak penganjur mengambil keputusan untuk tidak menayangkan APM secara langsung di televisyen kali untuk kali ini untuk 'memberi keutamaan' kepada mereka yang menyokong APM dengan membeli tiket, walaupun penganjur sedar bahawa keputusan itu tidak akan menyenangkan kesemua pihak.

"Jika kita menayangkan (APM) secara langsung, orang yang telah membeli tiket akan bersungut. Jika kita tidak menayangkannya pula, pasti ada sungutan daripada pihak yang lain," ujar Cik Zakariah apabila dihubungi menerusi telefon.

Sesunguhnya, beberapa penonton yang ditemui Berita Minggu mengaku terkilan memikirkan nasib artis-artis tempatan yang tidak dapat menonjolkan bakat kepada penonton seranta pada malam terbesar arena hiburan Melayu Singapura.

"Macam anak tiri, Sepatutnya, artis Singapura diutamakan keran acara ini dianjurkan kita sendiri," kata Cik Saadiah Mahat, 25 tahun.

"Jika kita tak sokong artis kita, macam mana mutu persembahan artis kita boleh meningkat dan mencapai taraf artis serantau.

Disebaliknya, seorang penonton pula berpendapat bahawa kita harus cuba memahami situasi yang dihadapi pengajur, walaupun bliau turut mengaku berasa hampa.

"Mungkin pihak penganjur ada sebab-sebab tertentu," kata Cik Salwiyah Awang, dari Jurong East.

Namun, seorang penonton sempat melepaskan perasaan geramnya:

"Buat konsert di IMM sahajalah kalau macam gini," ujar seorang penonton yang hanya dikenali sebagai Cik Suharti.


Sumbar dari: Berita Minggu, 10hb June 2007