![]() |
|
![]() |
|
Setelah merangkul banyak piala Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun-tahun yang lalu, akhirnya, untuk kali pertama Datuk Siti Nurhaliza boleh mengucapkan terima kasih dengan satu pembaharuan. Ketika menyampaikan ucapan penghargaannya yang pertama pada acara itu kelmarin, Siti dengan tersipu-sipu menambah: Kepada..rakan cetak dan media elektronik dan..suami saya..- rangkaian kata-kata yang disambut dengan sorakan dan gelak ketawa oleh para penonton. Saya lihat, suami beliau, Datuk K, yang menemaninya sepanjang majlis, hanya tersenyum simpul. Ucapan Siti seterusnya, semasa menerima dua lagi piala APM, bagaimanapun tidak mampu mendapat reaksi yang sama daripada penonton. Seperti ucapan terima kasihnya, ketiga-tiga kemenangan Siti dalam kategori Artis Wanita Paling Popular, Lagu Terbaik, dan Artis Wanita Terbaik memang dijangkakan. Begitu juga kemenangkan Mawi -yang kelihatan segak dengan jaket dan seluar serba putih. Beliau merangkul piala APM dalam kategori Artis Lelaki Paling Popular dan Lagu Paling Popular. Dari segi nilai hiburan, apa yang ditawarkan APM tahun ketujuh ini adalah membosankan dah 'kalah' jika dibandingkan dengan APM yang lalu, menurut beberapa penonton yang ditemui. "Tak syok sangatlah. Artis pun tak nyanyi lagu penuh. Hanya separuh-separuh," kata Cik Khairunnisa Abdul Rahman yang baru kali pertama menghadiri APM. Percubaan keempat-empat hos iaitu Suhaimi Yusof, Fiza O, Aznil Nawawi dan Fika untuk meriahkan suasana juga seperti tidak menjadi. Gimik menukar stail rambut dan memakai rambut palsu yang dicuba Suhaimi membosankan (tidak lucu lagi setelah kali pertama ia dicuba) dan kesungguhan Aznil untuk 'menjual' negaranya sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 seperti tidak sesuai dengan acara. Kekurangan elemen jenaka dan lucu ini menbuat saya berdoa agar majlis yang berlangsung selama tiga jam lebih ini untuk cepat-cepat tamat. Hanya dua persembahan yang menonjol -persembahan Jaclyn Victor yang seperti biasa hebat dan terkawal serta nyanyian penerima Anugerah Cinta Planet Muzik, Zainal Abidin. Memecahkan trend kemenangan artis Malaysia dan Indonesia dalam kategori serantau, Imran Ajmain, mengharumkan nama negara apabila beliau meraih anugerah Artis Baru Terbaik. Imran, yang telah menerima tujuh pencalonon, turut memenangi anugerah Artis Terbaik (Singapura). "Dua daripapda tujuh. Bolehlah. Saya tak nak komplen," kata Imran ketika ditemui selepas majlis. Peminat dua pemenang Singapore Idol pula membuktikan bahawa membuktikan bahawa mereka belum lagi melupakan Taufik Batisah dan Hady Mirza. Kedua-duanya diundi peminat masing-masing untuk memenangi anugerah Artis Singapura Paling Popluar dan Lagu Paling Popular (Singapura) untuk lagu Merpati (Hady) dan Usah Lepaskan (Taufik). Taufik turut memenangi anugerah Lagu Terbaik (Singapura) untuk lagu Usah Lepaskan yang diciptanya bersama Imran Ajmain. Sumber dari: Berita Minggu, 10hb June 2007 |
|