Posted on
June 25, 2007
{6/25/2007 09:07:00 AM} |
|
Oleh Sitti Maryam Salleh Pelajar Sekolah Perempuan Raffles WAU! Ada Imran Ajmain dan Sleeq. Wau! Ada persembahan silat. Wau! Ada tarian. Wau! Ada pelbagai lagi persembahan budaya, baik tradisional mahupun kontemporari. Wau! Itulah tajuk konsert budaya anjuran Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (PERBAYU) Sekolah Perempuan Raffles (RGS), yang akan berlangsung pada 7.30 malam, Sabtu ini, di Dewan Evelyn Norris RGS. Konsert ini dianjurkan dengan tujuan menghidupkan semangat dan minat terhadap bahasa dan budaya Melayu serta sebagai wadah bagi pelajar mempamerkan bakat mereka. Selain tarian dan angklung daripada pelajar kami sendiri, konsert Wau! juga akan turut dijayakan pelajar Raffles Institution (RI), Politeknik Temasek dan Perguruan Silat Macan Pasrah. Daya tarikan konsert ini pastinya penampilan artis tempatan, Imran Ajmain dan duo Sleeq. Imran telah memenangi beberapa anugerah di dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2007 baru-baru ini. Sleeq pula apa kurangnya? Walau masih di usia remaja, mereka merebut anugerah Artis Singapura Paling Popular di APM. Mereka baru sahaja mengeluarkan album mereka yang bertajuk In the Q. Di akhir konsert ini, diharapkan penonton akan pulang dengan rasa puas dan penghargaan lebih mendalam terhadap bahasa ibunda dan budaya setempat. Harapan kami bahasa dan budaya Melayu akan terus hidup dan berkembang dalam era globalisasi ini. Untuk membuat tempahan tiket berharga $12 setiap satu, sila hubungi Fadhilah di talian 8112-8358 atau e-mel kepada ainul@rgs.edu.sg. Sumber dari: Berita Harian, 25hb Jun 2007 |
|