TUJUH MASJID GANDING BAHU
Posted on July 21, 2007 {7/21/2007 10:29:00 AM}



Oleh
Amirul Putra
Penulis Sambilan


SATU karnival yang memberi peluang para belia berinteraksi akan diadakan esok di Tampines Green, berhadapan Blok 159, Tampines Street 12.

Bertemakan Kuasa Belia: Berhubung, Yakin, Menyumbang, ia memberi peluang kepada para pemimpin belia daripada masjid-masjid Al-Istighfar, Darul Ghufran, Alkaff Kampong Melayu, Al-Istiqamah, En-Naeem, Masjid Haji Yusoff dan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Sengkang daripada Rumpun Masjid Timur Laut (NEMC) mendekati dan mendapatkan penyertaan para belia di kawasan sasaran tempat karnival itu diadakan.

Selain ceramah, terdapat acara bola sepak gelanggang, sukan memanjat tembok, silatrobik bersama Persatuan Grassio Singapura, perlumbaan harmoni belia sempena Hari Keharmonian Kaum dan pertandingan menggubah lagu untuk band.

Acara nyanyian akan diserikan oleh Imran Ajmain, Didicazli, Hyrul Anuar, Md Aliff Aziz (juara Anugerah 2007), Sofyan Yadi dan Mu'adz.

Turut diadakan ialah ceramah menarik berjudul Remajaku, Kau Dambaan Ibu Ayahmu yang dijangka menarik perhatian remaja.

Permainan yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan anak-anak mereka akan juga diadakan.

Acara berlangsung dari 9 pagi hingga 10.30 malam.


Sumber dari: Berita Harian, Sabtu, 21hb Julai 2007




Jumpa anda di sana!