![]() |
|
![]() |
|
SI gadis ialah finalis peraduan nyanyian Malaysian Idol yang pertama. Si jejaka pula ialah pemuda tempatan yang berjaya merangkul dua piala dalam Anugerah Planet Muzik 2007 Jun lalu. Apa akan jadi agaknya apabila kedua-dua penyanyi berbakat itu, Dina dan Imran Ajmain, muncul di pentas yang sama hujung minggu ini? Dapatkan jawapannya sendiri dengan meluangkan sedikit masa untuk menyaksikan persembahan mereka. Anda akan didendangkan dengan rentak dan alunan muzik R&B yang senang didengari dan bakal mengasyikkan. Finalis Singapore Idol, Jeassea Thyidor, akan turut membuat persembahan. Beliau akan mendendangkan lagu daripada album sulungnya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Bermula 7.30 malam, konsert mini 'Dina & Friends and Imran Ajmain' itu akan berlangsung selama 45 min di pentas PowerHouse di Esplanade dari Jumaat hingga Ahad ini. Tiada bayaran dikenakan. Lungsuri laman www.esplanade.com untuk keterangan lanjut. Sumber dari Berita Harian, 14hb Ogos 2007 |
|