Lagu Imran 'hits di Malaysia
Posted on September 23, 2007 {9/23/2007 11:06:00 PM}

Lagu Imran Ajmain, Seribu Tahun, yang terakam dalam album sulongnya, Dengan Secara Kebetulan, mungkin sebelum ini tidak pernah mendapat perhatian radio negara jiran biarpun sudah lebih setahun album itu dilancarkan.

Namun keaadaan itu dijangka berubah. Selepas kejayaanya dalam Anugerah Planet Muzik 2007, stesen TV3 di Malaysia telah memilih lagu Imran itu untuk drama bersiri terbarunya, Kerana Cintaku Saerah.

Drama itu dibintangi oleh ramai pelakon popular, dengan watak utamanya dimainkan oleh Umie Aida. Ia mengisahkan tentang gadis kampung bernama Saerah yang memberontak ingin hidup di kota Kuala Lumpur. Namun langkah Saerah terhambat kerana terpaksa menjaga ibu tunggalnya, Mak We (Wan Maimunah) dan adiknya yang terencat akal, Jibel (Bengjy).

Judul drama itu bahkan disertai serangkap lirik lagu Imran, "Relaku Menunggu Seribu Tahun lagi..." Difahamkan, sejak drama itu ke udara awal bulan ini, lagu Imran sudah menjadi siulan para penonton di Malaysia.

Drama itu ketika ini disiarkan setiap Rabu dan Khamis, 10.30malam di TV3.


Sumber dari Berita Minggu, 23hb Sept 2007