Tuah Imran
Posted on November 11, 2007 {11/11/2007 11:36:00 PM}

Imran is featured on Metro Harian Malaysia today 11th November 2007, regarding him trying out his luck in Malaysia and more on 'Seribu Tahun'. To read the article, click here.


Lagu Raya baru 'power' dari penggubah muda
Posted on September 30, 2007 {9/30/2007 10:27:00 PM}

Oleh HANIM MOHD SALEH
hanim@sph.com.sg

Bukan senang untuk menghasilkan lagu Hari Raya yang boleh melekat di jiwa. Sebab itu tidak banyak lagu Hari Raya ciptaan zaman kini berjaya menawan pendengar sebagaimana lagu-lagu klasik malar segar seperti nyanyian Sanisah Huri, Ahmad Jais dan Saloma.

Tetapi membelek lagu-lagu baru yang termuat dalam album tempatan, Fitrah Hazir Lebaran 2007 yang dikeluarkan oleh EZS Music Production memberi satu kesegaran yang agak membuka mata terhadap ciptaan para penggubah tempatan.

Dalam album ini, termuat 12 trek lagu Hari Raya, dengan 11 daripadanya merupakan ciptaan terbaru oleh para penggubah tempatan. Hanya satu merupakan versi cover, iaitu Sepasang Kurung Biru yang dinyanyikan oleh perserta Anugerah 2007, Kaszreel Alfi, Wan Arshad dan Hairi Yusoff.

Saya paling tertarik terhadap lagu ciptaan Imran Ajmain berjudul Tidak Lama Lagi, yang digubah bersama dengan Imran Al-Nazirul.

Dengan muzik ala-tango dengan petikan talian biola sebagai bunyian utama, alunan suara Imran yang begitu merdu mampu membawa pendengar seperti sama-sama menari. Cuma satu saja: Lirik lagu ini bersifat universal -tidak menggambarkan perayaan Hari Raya.

Norfasarie yang agak lama tidak merakamkan album baru dan lebih tumpuan kepada lakonan televisyen, mengingatkan penulis kembali tentang bakat nyanyiannya menerusi lagu Gurindam Syahdu. Norfa cukup baik menjiwai lagu berirama asli dicampur keroncong ini. Tidak sangka pemuzik raggae Izzat Md Yusoff mampu menghasilkan lagu Melayu sebaik ini. Syabas!

Izzat sendiri, secara peribadi, menyumbangkan lagu bercorak raggae berjudul Raggae Rayaku di trek pertama album ini.

Lady E, rapper wanita tempatan, juga membuktikan bakatnya yang bukan sedikit menerusi lagu Bertemu Lagi ciptaan Aliff Abdullah dan Imran Ajmain

Satu lagi lagu yang pasti menarik perhatiaan ialah Kembali Bergema nyanyian Fauzie Laily yang berirama ala pop 1960-an. Cukup santai dan menenangkan.

Peminat rap remaja, Sleeq, juga pasti tidak kecewa dengan Jangan Sampai Terlambat -satu lagi lagu yang bersifat universal tetapi mempunyai nilai-nilai murni yang sesuai dengan suasana Hari Raya.

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah Joget Raya oleh kumpulan Solihin, Keajaiban oleh Hryul Anuar, Melodi di Rayaku oleh Tengku Adil dan Kenang Ibu Di Hari Mulia oleh Ann Hussein.

Album ini ternyata mampu membangkitkan semula semangat industri muzik tempatan yang leibh berkualiti.

Sumber dari: Berita Minggu, 30hb Sept 2007


Lagu Imran 'hits di Malaysia
Posted on September 23, 2007 {9/23/2007 11:06:00 PM}

Lagu Imran Ajmain, Seribu Tahun, yang terakam dalam album sulongnya, Dengan Secara Kebetulan, mungkin sebelum ini tidak pernah mendapat perhatian radio negara jiran biarpun sudah lebih setahun album itu dilancarkan.

Namun keaadaan itu dijangka berubah. Selepas kejayaanya dalam Anugerah Planet Muzik 2007, stesen TV3 di Malaysia telah memilih lagu Imran itu untuk drama bersiri terbarunya, Kerana Cintaku Saerah.

Drama itu dibintangi oleh ramai pelakon popular, dengan watak utamanya dimainkan oleh Umie Aida. Ia mengisahkan tentang gadis kampung bernama Saerah yang memberontak ingin hidup di kota Kuala Lumpur. Namun langkah Saerah terhambat kerana terpaksa menjaga ibu tunggalnya, Mak We (Wan Maimunah) dan adiknya yang terencat akal, Jibel (Bengjy).

Judul drama itu bahkan disertai serangkap lirik lagu Imran, "Relaku Menunggu Seribu Tahun lagi..." Difahamkan, sejak drama itu ke udara awal bulan ini, lagu Imran sudah menjadi siulan para penonton di Malaysia.

Drama itu ketika ini disiarkan setiap Rabu dan Khamis, 10.30malam di TV3.


Sumber dari Berita Minggu, 23hb Sept 2007


ALBUM RAYA TERBARU GABUNGKAN 21 ARTIS SETEMPAT
Posted on September 22, 2007 {9/22/2007 02:44:00 PM}

LAGU-LAGU Hari Raya nyanyian bakat tempatan nampaknya semakin bertambah tahun ini.

Terbaru, 21 artis solo dan berkumpulan bergabung untuk menghasilkan album berjudul Fitrah Hazir Lebaran 2007, yang dibuat dengan kerjasama tiga badan - EZS Music Productions, Beat Society dan Unit Pengurusan Artis (AMu) Mediacorp TV 12.

Artis yang diketengahkan dalam album ini termasuklah Hyrul Anwar, Fauzie Laily, Norfasarie, Tengku Aidil, Izzat (Shine), Wan Arshad, Khaszreal Alfi, Khairi Yusof, Lady E, Imran Ajmain, kumpulan Solihin, Sleeq dan kumpulan Merah.

Turut diundang ialah penyanyi dan guru vokal Ann Hussein.

Menurut Rahimah Shukor, pengarah EZS Music, album tersebut dijangka menarik perhatian kerana ia menawarkan pelbagai genre muzik yang setiap satu menyerlahkan kemampuan vokal dan gaya persembahan artisnya.

Contohnya, Fauzie Laily membawakan lagu Kembali Bergema yang berentak 1960-an, sementara Norfasarie membawakan lagu nasyid berjudul Gurindam Syahdu.

Kumpulan Solihin, yang sebelum ini popular sebagai kumpulan nasyid, dalam album itu membawakan lagu Joget Raya yang dicipta oleh anggota Solihin sendiri.

Hyrul Anwar pula membawakan lagu ciptaan Imran Ajmain dan Irfan Nazirul berjudul Keajaiban, sementara Ann membawakan lagu ciptaannya sendiri dengan lirik tulisan Saihan Asmo, Kenang Ibu Di Hari Mulia.

Majlis pelancaran album ini berlangsung di Taman Warisan Melayu hari ini dan esok, dari 5 hingga 6.30 petang.

Sumber dari Berita Harian, 22hb Sept 2007


IMRAN MILIKI FORMULA 'PIKAT' PELAJAR
Posted on September 3, 2007 {9/03/2007 10:03:00 AM}

Oleh
Siti Nur Ida Mohamed Ali
Penulis Sambilan

ANAK didiknya yang berminat menimba pengetahuan tentang hip hop bukan saja terdiri daripada remaja.

Buat julung-julung kalinya, penyanyi popular, Imran Ajmain, juga berdepan dengan kelas kanak-kanak sekecil lima tahun. Mereka ghairah mendengar dan berdendang dalam satu sesi kendalian Angkatan Karyawan Islam (AMP).

Apabila disingkap pengalaman berkunjung dari sekolah ke sekolah berbekalkan suara dan muziknya, Imran yang turut menjadi mentor program pesta seni belia, Noise Singapore 2007, kendalian Majlis Seni Kebangsaan (NAC), tertawa mengenangkan ragam sesetengah 'pelajarnya'.

'Sewaktu saya baru sahaja memulakan program ke sekolah-sekolah, saya rasa pelajar itu bagaikan dipaksa menghadiri kelas saya. Mereka tampak tidak fokus dan berbual sesama mereka.

'Bising betul kelas tu macam di pasar hiruk-pikuknya. Namun, semenjak saya giat menyanyi dan muka pun kerap muncul di kaca televisyen, saya tidak perlu gunakan ketegasan sangat untuk berurusan dengan mereka.

'Secara semula jadi, mereka yang mengenali saya akan memberikan tumpuan. Mereka lebih candi, selesa dan tidak mendiamkan diri,' ujar Imran, 26 tahun.

Sejauh ini, Imran yang dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2007, telah menjadi 'Cikgu Hip Hop' di beberapa sekolah seperti Boys' Town, Sekolah Menengah Pei Hwa, Sekolah Menengah Swiss Cottage dan Sekolah Menengah Northland.

Beliau juga mengajar penulisan kreatif dalam bahasa Inggeris, bermula di Sekolah Menengah Unity. Baginya, peluang keemasan mendekati pelajar tidak akan disia-siakan. Tambahan pula, beliau mengambilnya sebagai ruang memperkaya bahasa.

'Ketika remaja dahulu, saya minat membaca buku dan majalah, membeli cakera padat, menonton filem dan juga menjadi penyokong acara muzik di Taman Belia Somerset.
'Dari situ, keinginan untuk melibatkan diri dalam media yang memupuk minat saya dalam bidang seni tercetus.

'Cuma, kalau diingat-ingatkan pengalaman lucu jadi 'Cikgu' ini, saya tidak akan lupa saat mengendalikan kelas penulisan kreatif dalam bahasa Melayu di Sekolah Menengah Tanjong Katong.

'Saya bergabung dengan Cikgu Karmin Abbas. Saya rancak berbual dalam bahasa Inggeris kerana dah biasa buat begitu. Tanpa saya sedari, Cikgu Karmin dah mula beliakkan mata! Maklumlah, saya sepatutnya menggalak pelajar berbahasa Melayu,' tambahnya.

Kini, hasrat penyanyi yang 'meletup' namanya selepas lagu Sudah Tu Sudah ialah mendendangkan lagu-lagu bahasa Melayu sehingga popular di serata dunia. Imran juga yakin setiap yang dicita-citakan anak muda boleh dicapai asal sahaja mereka sanggup berusaha gigih.

Akhir sekali, adakah Imran juga ada ucapan Hari Guru untuk sesiapa yang pernah bertakhta di hatinya sebagai pendidik yang dihormati?

'Tentunya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya di Sekolah Rendah Xinghua dan Sekolah Menengah Siglap, khususnya Cik Shirley Goh, yang menyuntik inspirasi dan terus-terusan memberi dorongan.

'Cik Goh amat saya sayangi hingga ke hari ini. Saya tidak akan melupakan jasa murninya!' kata Imran, sebelum mengakhiri wawancara.

Sumber dari Berita Harian, 3hb Sept 2007


IMRAN DAN DINA GABUNG TENAGA
Posted on August 14, 2007 {8/14/2007 08:00:00 PM}

SI gadis ialah finalis peraduan nyanyian Malaysian Idol yang pertama.

Si jejaka pula ialah pemuda tempatan yang berjaya merangkul dua piala dalam Anugerah Planet Muzik 2007 Jun lalu.

Apa akan jadi agaknya apabila kedua-dua penyanyi berbakat itu, Dina dan Imran Ajmain, muncul di pentas yang sama hujung minggu ini?

Dapatkan jawapannya sendiri dengan meluangkan sedikit masa untuk menyaksikan persembahan mereka.

Anda akan didendangkan dengan rentak dan alunan muzik R&B yang senang didengari dan bakal mengasyikkan.

Finalis Singapore Idol, Jeassea Thyidor, akan turut membuat persembahan. Beliau akan mendendangkan lagu daripada album sulungnya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bermula 7.30 malam, konsert mini 'Dina & Friends and Imran Ajmain' itu akan berlangsung selama 45 min di pentas PowerHouse di Esplanade dari Jumaat hingga Ahad ini.

Tiada bayaran dikenakan. Lungsuri laman www.esplanade.com untuk keterangan lanjut.

Sumber dari Berita Harian, 14hb Ogos 2007


Me, Myself & Imran
Posted on August 4, 2007 {8/04/2007 10:47:00 AM}

It's the National Day Celebrations all month long at the Esplanade and they've gotten Imran to throw a party, and he's doing away with his ballads for 1 nite to pump up the jam over at the giant stage, at the PowerHouse. Bring all your girlfriends and party people down over to the Bay.

Imran Ajmain will be doing R&B/Hiphop covers, backed by DJ Altimet (KL) and his non-stop buffet of guest performers from the local Hiphop community.It will be 90 minutes long with a half hour intermission.

26 year old Imran recently bagged Best New Regional Male Artiste and Best Singapore Artiste at the Anugerah Planet Musik 2007 Award. Dina (Malaysian Idol) and Jessea Thyidor (Singapore Idol) appears in this "Move To The Groove" weekend starting Friday 17th August, Imran Ajmain closes the performances for this Esplanade Presents event.

WHEN:

Date : 19th August 2007, Sunday
Time : 7.30pm sharp (90 minutes with intermission)

Venue : Stage@PowerHouse, Esplanade Theatres On The Bay

FEE : Free Admission. Free Standing.

See you there!


Speakeasy turns 2!
Posted on July 25, 2007 {7/25/2007 12:42:00 PM}


See you there this Saturday!


TUJUH MASJID GANDING BAHU
Posted on July 21, 2007 {7/21/2007 10:29:00 AM}



Oleh
Amirul Putra
Penulis Sambilan


SATU karnival yang memberi peluang para belia berinteraksi akan diadakan esok di Tampines Green, berhadapan Blok 159, Tampines Street 12.

Bertemakan Kuasa Belia: Berhubung, Yakin, Menyumbang, ia memberi peluang kepada para pemimpin belia daripada masjid-masjid Al-Istighfar, Darul Ghufran, Alkaff Kampong Melayu, Al-Istiqamah, En-Naeem, Masjid Haji Yusoff dan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Sengkang daripada Rumpun Masjid Timur Laut (NEMC) mendekati dan mendapatkan penyertaan para belia di kawasan sasaran tempat karnival itu diadakan.

Selain ceramah, terdapat acara bola sepak gelanggang, sukan memanjat tembok, silatrobik bersama Persatuan Grassio Singapura, perlumbaan harmoni belia sempena Hari Keharmonian Kaum dan pertandingan menggubah lagu untuk band.

Acara nyanyian akan diserikan oleh Imran Ajmain, Didicazli, Hyrul Anuar, Md Aliff Aziz (juara Anugerah 2007), Sofyan Yadi dan Mu'adz.

Turut diadakan ialah ceramah menarik berjudul Remajaku, Kau Dambaan Ibu Ayahmu yang dijangka menarik perhatian remaja.

Permainan yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan anak-anak mereka akan juga diadakan.

Acara berlangsung dari 9 pagi hingga 10.30 malam.


Sumber dari: Berita Harian, Sabtu, 21hb Julai 2007




Jumpa anda di sana!


Mosques arent's only for praying
Posted on July 19, 2007 {7/19/2007 08:42:00 PM}

This Sunday, a carnival at Tampines Green Park will have sporting events and hip programmes like a song-writing competition as well as performances by bands.

Local singers like Imran Ajmain and Malaysian singer Mu'adz will be part of the festivities.

But this is no ordinary carnival.

Called Youth Power in Harmony, it is organised by seven mosque, with the support of the North East Community Development Council, targeted at youths aged 13 to 20 years old.

It is free and open to all. It's the first time that these mosques have come together to organise such an event.

Their aim? To reach out to youths unfamiliar with mosque activities and to raise awareness that mosques have youth-friendly events.

Project adviser Haji Abdul Matin, 54, told The New Paper that mosque leaders are aware that youths in the 13 to 20 age group are their most vulnerable as they might get involved in gangs, crime or other delinquent behaviour.

Some impressionable ones may even embrace deviant teachings if left unguided.

Mr Mohd Helmy Mohd Isa, head of Islamic Religious Council of Singapore's youth engagement strategic unit, said: 'The idea is to change the perception that mosques are only meant for praying."

"We want to create more space for youths... and make them feel that mosques have tapped on their youth development officiers to try novel approaches.

There are already signs that some of these outreach programmes are working.

Youth development officer Mr Sofyan Mohd Yadi, 26, of Pasir Ris' Al-Istighfar Mosque, noted up to a 30 per cent increase in the number of youths attending activities in his mosque compared to two years ago.

They are also grooming youths for leadership renewal, said fellow youth development officer Ahmad Khushairi Abidin, 25, of Darul Ghufran Mosque in Tampines.

For example, seven youths, some as young as 15, are being rostered in his mosque to say the call to prayers and lead the congregation.

Sources from: The New Paper, 19th July 2007